Friday, October 10, 2008

Mengulas MALAYSIAKINI: Muhyiddin untuk no 2

Dari Malaysiakini.
Rahmah Ghazali | Oct 10, 08 8:08am
  • breaking news updated 2.15pm Muhyiddin Yassin’s announcement today came as no surprise as he has been touted within and outside Umno circles as the next best bet to be deputy prime minister.MORE

BERITADARIGUNUNG:

Seperti telah disusun. Pertama Abdullah Badawi umum tidak akan pertanding jawatan Presiden. Diikuti dengan Najib menyatakan kesediaan untuk jawatan Presiden. Yang dinanti-nanti ialah pengumuman Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden.

Awal-awal lagi sebelum Abdullah buat pengumuman, Najib telah memaklumkan bahawa Muhyiddin adalah "team player". Kini giliran Muhyiddin pula memaklumkan kesediaan beliau bekerja rapat dengan Najib.

Nah, pasukan telah terbentuk.

Lama dulu, waktu Mahathir mengkritik Najib kerana enggan mendesak Abdullah berundur, Mukhriz memilih untuk tidak bersependapat dengan ayahnya dan terus-menerus percaya dengan kepimpinan Najib. Hingga kini.

Kita wajar tunggu sedikit masa lagi untuk mengetahui pasukan atau regu yang terbentuk dalam percaturan kuasa dalam UMNO. Dalam keghairahan pemilihan UMNO, tidak ramai sanggup meneka sama ada 5 permintaan Abdullah sebagai tinggalan Legacy akan jadi prioriti sesiapa.

- beritadarigunung