Tuesday, October 28, 2008

MENGULAS MALAYSIAKINI: Mukhriz cuma menang sorak?

Tiga calon Ketua Pemuda Umno telah berjaya melepasi tahap kelayakan untuk pemilihan jawatan Dis/Mac ini iaitu Mukhriz, Khairy dan Khir. Dengan satu pemerhatian bersahaja, kita dapati ketiga nama mereka ini ada satu huruf "i". I ialah aku, saya atau patik [ jika bercakap dengan raja ].

Dari Malaysiakini
Mukhriz only winning the cheers
Mohd Rashidi Hassan | Oct 28, 08 12:12pm mukhriz mahathir and umno
opinion
Even though Mukhriz has won in terms of nominations from the divisions, will Khairy's friends cast their votes for Mukhriz so easily? That is a real worry for Mahathir.


2. Mereka ada kemampuan untuk berkata "lihat saya", "pilih saya" dan "saya akan buat itu dan ini". Itulah kaedah yang crude bagaimana pemimpin boleh menonjol dan naik. Kaedah dalam masyarakat primitif lagi hebat, selain boleh menyebut "i", mereka juga perlu kuat, tegap dan boleh berperang serta membunuh musuh tanpa belas kasihan untuk melonjak naik, memikat dan memukau... Yang gagah tentu dapat memikat anakgadisTok Batin atau Bendahara. Dari sudut itu, Khairy adalah perkasa!

3. Dalam setengah masyarakat pula, trofi tengkorak musuh tergantung di tiang seri rumah adalah manifestasi kepada kekuatan dan kehebatan. Senario itu tidak wujud lagi dalam dunia moden yang ada sekarang.

4. Walaubagaimanapun, perkataan lama "giantkiller" masih lagi digunakan. Rahman Bakar diberi title itu waktu menewaskan Hadi Awang. Kita hidup dalam dunia moden tetapi kita masih terus pinjam senario zaman silam. Kita tetap hebat bila menggempur dan membunuh. Memang setitik darah pun tidak tumpah ke bumi, tetapi masa depan mangsa jadi gelap dan imej musuh tercalar.

5. Bush junior telah menggempur Iraq tanpa rasa simpati. Beliau hanya bersedia untuk tunduk bertafakur dan tunjukkan rasa simpati dan sedih bila ada mayat askar Amerika dibawa turun dari kapalterbang. Rating rendah Bush pada peringkat awal pentadbirannya dapat merangkak naik bila bom dan senapang muntah di bumi Iraq. Pemimpin zaman moden masih bersandarkan kaedah lama yang ganas dan brutal. Pemimpin perlu ada ciri-ciri ganas. Dunia akan sunyi dan sepi bila pemimpin hanya ada dalam pattern Mahatma Ghandi dan Mandella.

6. Bila Khairy mengajak Mukhriz berdebat, ramai dapat mengerti dan faham apa tujuannya. Kemudian kita mahu terus bertanya angkara siapakah maka debat Shabery-Anwar perlu diadakan tempuh hari. Hingga hari ini, kita rasa sangsi dengan objektif dan kesan dari debat tersebut.

7. Malaysia belum bersedia dengan pertunjukan laga ayam dalam politik. Sedangkan debat parlimen boleh dibuat secara semborono apatah lagi untuk jawatan Ketua Pemuda. Yang sudah lupa, wajar diingatkan bahawa dalam waktu berkempen PRU12 tempuh hari, Khairy juga pernah diajak berdebat secara terbuka oleh Bad dari Pakatan Rakyat. Malang sekali, Khairy waktu itu menolak mentah-mentah.

8. Kita tidak wajar buat apa-apa keputusan dengan debat sedemikian. Pemimpin tidak perlu bersandarkan dengan debat untuk terus naik. Rakyat dapat menilai seseorang pemimpin secara "wholeness". Komitmen untuk kesejahteraan negara dan rakyat bukan terletak dicelah-celah debat. Khairy telah berada di persada politik negara buat sekian lama dengan protection dari Bapa Mertua dan media perdana telah memberi ruang kepada Khairy selama ini, di mana ada masa-masanya publisiti untuk Khairy jauh melebihi Timbalan Perdana Menteri sendiri. Khairy tidak perlu satu lagi publisiti.

9. Ayam Serama hanya wajar pada musim-musim tertentu. Main Ayam laga tidak wajar untuk budak kosmopolitan seperti Khairy. Debat tidak lebih dari pertandingan ayam serama. Orang Kelantan yang telah beri sokongan padu pada Khairy dalam pencalonan tentu akan faham mitos Ayam Serama.

10. Kita tidak mahu sesiapa hanya menang sorak tetapi kampung tergadai. Batu putih adalah tanda putih mata kepimpinan Abdullah. Kini Shahrir Samad telah merungut kenapa peniaga bumiputera dipinggirkan dalam Koridor Ekonomi Iskandar. Komitmen untuk negara dan bangsa hanya ada pada orang-orang tertentu sahaja. Orang seperti itu adalah istimewa dan bertuahlah rakyat dan negara kelak.

11. Rakyat sudahnya faham siapa pemimpin yang wajar diketengahkan, kecualilah semua perwakilan adalah dari jenis yang boleh dibeli dengan wang ringgit dan janji-janji. Di mana UMNO kini?

beritadarigunung